Biarkanlah mereka pergi membawa diri

KELUAR masuk atau lompat melompat dalam politik adalah satu perkara biasa. Banyak alasan boleh diberikan bagi mewajarkan tindakan seumpama itu. Bagaimanapun dalam keadaan tertentu, keputusan itu juga sedikit sebanyak berkait rapat dengan situasi semasa. Ada yang melakukan tindakan itu ketika terasa hilang tempat berpaut. Dahan untuk bergantung sudah patah. Ada juga yang berkata puak ini mengharapkan oksigen demi kelangsungan hidup atau mencari talian hayat baharu. Tidak kurang juga yang menggelarkan orang seperti ini umpama beruk. Kata mereka, pokok tumbang beruk pun lari. Tidak kisahlah apa juga yang diperkatakan orang tetapi…

Read More

Bertanding secara ikhlas, jujur pulihkan parti

BERKUNJUNG ke rumah terbuka semasa Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, cerita mengenai Pilihan Raya Umum  Ke-14 (PRU-14) masih hangat dibincangkan. Topik panas sudah tentulah berkaitan kerajaan baharu Pakatan Harapan dan juga bagaimana Barisan Nasional (BN) dimalukan dan tewas teruk. Mengenai BN, mereka tidak hairan jika MCA, MIC dan Gerakan terus tersungkur tetapi yang mengejutkan apabila UMNO turut kecundang. Walaupun masih mampu memiliki 54 kerusi selepas kehilangan lebih 30 kerusi, ternyata UMNO yang begitu gah dengan jumlah anggota parti mengalami kemerosotan yang amat ketara. Di Semenanjung, BN hanya bergantung harap kepada…

Read More

Ramadan ditinggalkan, Syawal pula menggamit

HARI ini, hari ke-26 umat Islam di Malaysia berpuasa. Berbaki tiga hari lagi untuk menyelesaikan sebulan berpuasa. Sebulan juga Pakatan Harapan membentuk kerajaan dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ke-7. Minggu terakhir Ramadan adalah satu tempoh yang sibuk. Pelbagai kesibukan dapat dilihat sama ada di bandar atau desa. Ada yang sibuk membuat persiapan untuk berhari raya di kampung halaman masing- masing. Hari ini dan hari-hari seterusnya, warga Kuala Lumpur akan beransur-ansur meninggalkan ibu negara. Berapa ramai dalam kalangan warga kota yang tergolong sebagai orang yang tidak berminat pulang ke…

Read More

Mencari nakhoda baharu penyelamat bahtera UMNO

DAKWAT yang ‘mengotori’ kuku­ di jari telunjuk pada 9 Mei lalu semakin pudar. Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang sudah hilang ke­san itu sepenuhnya selepas menggunakan kaedah tertentu. Jika dibiarkan begitu sahaja, selepas sebulan mungkin kesannya akan terpadam dengan sendiri. Itu kesan dakwat di jari, masih boleh dibiarkan hilang beransur-ansur sekalipun tidak dicuci dengan bahan pencuci. Bagaimana pula jika kesan setitik nila di dalam susu? Apakah kaedah mencucinya? Sudah tentu susu itu rosak dan pilihan yang ada terpaksa dibuang awal-awal lagi dan mencari yang baharu. Tidak perlu meratap dengan ‘kerosakan…

Read More