Wahai orang politik, berhati-hati dengan perkataan, perbuatan

PAGI semalam, semasa kuliah Subuh di Surau Sayyidina Umar Al-Khattab, Bandar Seri Putra, penceramah, Ustaz Mohd. Nasir Mohd. Tap sempat mengingatkan jemaah supaya berhati-hati dengan kata-kata atau perkataan. Beberapa perkataan yang disebut termasuk ‘kalau, rahmat dan hikmah’. Walaupun ia bergantung kepada niat tetapi perlu disesuaikan juga dengan perbuatan atau tindakan seseorang. Contohnya ayat “di sebalik tindakannya melakukan sesuatu itu (yang tidak baik) ada hikmah atau rahmatnya,’’. Tanpa merujuk kepada mana-mana individu, beliau yang menyampaikan kuliah Perisai Bagi Sekalian Mukallaf juga bimbang dengan kecelaruan yang sedang berlaku di dalam masyarakat Islam…

Read More