Selama mana teksi bermeter mampu bertahan

APA khabar pemandu-pemandu teksi di Lembah Klang? Apa khabar Pak Long dan Pak Lang yang masih mencari rezeki sebagai pemandu teksi? Sudah lama Selak tidak bertanya khabar dan berbicara mengenai pemandu teksi. Kali terakhir Selak memperkatakan mengenai rakan-rakan teksi ialah pada 24 Oktober 2016 di bawah tajuk Bajet 2017 khabar gembira atau duka? Bajet 2017 memberi sedikit khabar gembira ketika pemandu-pemandu teksi sedang dilambung duka dengan kehadiran perkhidmatan e-hailing Uber dan Grab. Kerajaan mengumumkan geran RM5,000 untuk membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu dengan peruntukan RM60 juta. Langkah…

Read More