Eloklah Musang King bukan musang berbulu ayam

KELMARIN, saya menolak pe­lawaan seorang rakan dari Sabah yang mahu memberi anak pokok durian Musang King yang dihadiahkan kepada per­wakilan sempena Perhimpunan Agung UMNO. Beliau menawar­kan anak pokok itu apabila saya bertanyakan mengenai hadiah is­timewa daripada Presiden UMNO, Najib Tun Razak. Saya menjang­ka, beliau tidak mahu bersusah payah membawa anak pokok itu menaiki pesawat. Namun beliau mengubah fikiran dan membawa bersamanya pulang. Saya meno­lak tawaran itu kerana bimbang, tidak mampu menjaga hadiah itu dengan baik sehingga mungkin pokok itu layu dan mati. Seka­dar mengorek lubang dan tanam tidak ada masalah…

Read More