Bantu KTMB hadapi saingan, cabaran di landasan

GERABAK kargo tergelincir lagi. Entah kali yang ke berapa. Insiden pada 23 November lalu berlaku selepas kejadian sama pada 21 Ogos lalu dekat Segambut. Maknanya berulang selepas tiga bulan insiden yang menyebabkan masalah kepada para pengguna perkhidmatan pengangkutan awam itu. Seperti biasa siasatan akan dilakukan sama ada perkhidmatan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Apakah punca­nya? Adakah kerana masalah teknikal atau kelemahan manusia? Jika landasan yang menjadi masalah, perbaiki segera supaya tidak berulang pada masa hadapan atau sehingga melibatkan tragedi ke atas tren membawa penumpang sama ada yang…

Read More