SATU perkhabaran yang meng gembirakan bagi warga Pulau Pinang apabila Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mengambil alih perkhidmatan feri Pulau Pinang secara rasmi hujung bulan ini atau November. Tidak timbul soal untung rugi apabila Prasarana mahu mengambil alih perkhidmatan itu yang dikendalikan oleh Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB). Cerita rugi perkhidmatan feri ini bukanlah sesuatu yang baharu. Ia sudah lama berlaku. Setiap tahun ada sahaja kenyataan mengenai kerugian ini yang sudah tidak sanggup ditanggung PPSB. Contohnya pada 2007, PPSB menanggung kerugian sebanyak lebih RM14 juta berbanding 2006 sebanyak RM13 juta.…
Read More