Semua ‘tergelincir’ apabila kereta api keluar landasan

MENUNGGU tren komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dalam tempoh hampir seminggu ini amat meresahkan. Lewat, malahan di peringkat awal, tidak ada perkhidmatan­ atau penyusunan semula jadual perjalanan. Semuanya gara-gara kereta api gerabak yang tergelincir dekat Segambut pada 21 Ogos lalu. Kejadian berlaku pada hari Isnin menyebabkan semua perjalanan tergendala. Nahas di Segambut tetapi kesannya dapat dirasai oleh pengguna di semua laluan, dari Utara hingga ke Selatan. Begitulah risikonya kerosakan landasan berbanding jika nahas berlaku di atas jalan raya. Di jalan raya, mungkin boleh diadakan lencongan untuk membolehkan pergerakan kenderaan…

Read More