MENUNGGU tren komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dalam tempoh hampir seminggu ini amat meresahkan. Lewat, malahan di peringkat awal, tidak ada perkhidmatan atau penyusunan semula jadual perjalanan. Semuanya gara-gara kereta api gerabak yang tergelincir dekat Segambut pada 21 Ogos lalu. Kejadian berlaku pada hari Isnin menyebabkan semua perjalanan tergendala. Nahas di Segambut tetapi kesannya dapat dirasai oleh pengguna di semua laluan, dari Utara hingga ke Selatan. Begitulah risikonya kerosakan landasan berbanding jika nahas berlaku di atas jalan raya. Di jalan raya, mungkin boleh diadakan lencongan untuk membolehkan pergerakan kenderaan…
Read MoreMonth: August 2017
Permatang Pauh tidak seperti 1982 atau 1999
MAKAN bersila di Perma tang Pauh. Khabarnya lebih 20,000 orang hadir program Jom Pi Ramai-Ramai Makan Bersila Bersama PM, dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Semua yang hadir termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak makan bersila di padang Politeknik Seberang Perai, dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh. Tidak ada kerusi meja, jimat kos. Tahniah kepada UMNO Permatang Pauh khususnya ketua bahagian Mohd Zaidi Mohd Said atau Cikgu Zaidi. Hakikatnya, di Permatang Pauh UMNO memang tidak ada ‘kerusi’. Maka, eloklah duduk bersila. Di Dewan Rakyat, kerusi Permatang Pauh diduduki…
Read MoreKalut teropong ‘kuman’, ‘gajah’ depan mata mengamuk
BIARKAN Phee Boon Poh bersama dua beranak yang ditahan berkaitan kilang haram membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan. Tidak perlu mana-mana pihak ‘melompat’ dan bercakap yang bukan-bukan ketika siasatan. Elok diulangi skrip yang biasa diulang-ulang apabila pelbagai pihak mengulas kes seumpama ini, iaitu tidak wajar menghukum mereka sebelum terbukti bersalah. Cuma, bagaimana pula apabila ada pihak dengan pantas mempertahankan atau membela pihak yang belum terbukti bersalah? Kenapa tidak dibiarkan sahaja, SPRM atau pihak berkuasa melakukan siasatan? Bersabarlah. Tunggu dan lihat. Merujuk kes di Penanti, kenapa ketika ini timbul…
Read MoreBangkit Bersama, raikan Negaraku Sehati Sejiwa
KETIKA ini rakyat Malaysia sedang menanti kehadiran dua peristiwa besar yangnakan berlangsung dalam tempoh dua minggu terakhir bulan ini. Pertama temasya Sukan SEA Ke-29 (KL2017) yang bermula pada 19 hingga 30 Ogos dan sambutan Hari Kebangsaan 2017 pada 31 Ogos sehinggalah kepada sambutan Hari Malaysia pada 16 September. Te masya KL2017 akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil manakala Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merdeka. Diharapkan kedua-dua acara berkenaan dapat dilangsungkan dalam suasana yang harmoni dan penuh semangat perpaduan, sesuai dengan tema dua acara itu. Untuk rekod, Sukan…
Read More