VANDALISME sudah menjadi budaya masyarakat? Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), vandalisme ialah perbuatan membinasakan, merosakkan harta benda awam atau persendirian. Suatu masa dulu, telefon awam menjadi sasaran vandalisme ini. Gagang telefon tercabut, peti duit syiling dipecahkan malahan pondok telefon dipecah, diconteng malahan ada yang ditumbangkan. Banyak lagi harta benda awam atau kemudahan awam yang menjadi sasaran vandalisme. Dinding, pintu, tandas dan sebagainya menjadi sasaran mereka yang tidak peduli keperluan orang lain. Begitu jugalah apa yang berlaku terhadap kemudahan yang disediakan di projek terbaharu, perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).…
Read More