Jangan sekadar mengeluh tetapi tidak bertindak

SEJAK kebelakangan ini, pel­bagai peringatan masuk ke dalam ruang WhatsApp me­ngenai  pendaftaran  pengundi. Ada yang berbentuk poster, se­ruan, peringatan, seloka pantun, puisi dan macam-macam lagi. Jika ditolak hari ini, hanya ting­gal empat hari sahaja lagi untuk mereka yang layak mendaftar se­bagai pengundi yang sah. Jangan menjadi ‘hantu’ apa­bila tiba hari mengundi semasa pilihan raya umum (PRU). Jika gagal berbuat demikian sehingga Jumaat ini, mereka yang layak mengundi tetapi belum mendaf­ tar akan terlepas peluang untuk mengundi sekiranya PRU-14 berlangsung pada tahun hadapan. Khabarnya, jika PRU berlang­ sung pada tahun 2017,…

Read More

Siapa pun kita, hidup biar beradab bukan biadap

KETIKA seluruh umat Islam di Malaysia amat merasai kehilangan seorang tokoh ulama, ada pula suara-suara sumbang memberi komen yang menyakitkan­ hati dan menyinggung perasaan. Bukan sahaja tidak adil kepada orang yang telah meninggal dunia tetapi juga kepada keluarga­ dan masyarakat seluruhnya. Banyak pihak yang menyentuh beberapa isu yang jelas berunsur sindiran. Ternyata golongan seperti ini, bukan Islam tidak memahami beberapa perkara berkaitan yang ditimbulkan melalui Twitter atau Facebook masing-masing. Persoalannya ada ayat-ayat itu kita tahu niat mereka bukan bersandarkan kepada pengetahuan yang terbatas dalam perkara berkaitan. Ini termasuk soal kematian…

Read More

Menanti panggilan haji juga satu pengorbanan

KITA mendoakan yang terbaik untuk jemaah haji dari seluruh dunia supaya mereka dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna. Selepas wukuf di Padang Arafah, perjalanan diteruskan ke Muzdalifah untuk mabit seketika sebelum ke Mina bagi melontar tiga jamrah bermula hari ini. Setakat ini dianggarkan 1.5 juta umat Islam berada di kota suci itu untuk menunaikan haji. Angka rasmi mungkin lebih besar. Menurut laporan, khemah yang disediakan di Mina mampu menampung sehingga 2.5 juta jemaah. Bagi yang tidak berpeluang menunaikan ibadah haji, mereka juga meraikannya sejak semalam dengan berpuasa sunat, bertakbir dan…

Read More

Khabar gembira kepada pengguna perkhidmatan rel

SATU khabar gembira ter­utama kepada warga ibu kota atau di Lembah Klang apabila mulai 16 September ini, pengguna pengangkutan awam yang diken­dalikan oleh Kumpulan Prasarana akan menikmati kadar tambang diskaun 50 peratus. Dianggarkan kira-­kira 30,000 pengguna dijang­ka menggunakan pengangkutan sistem transit aliran ringan (LRT), monorel dan Bas Rapid Transit (BRT). Syaratnya, yang pertama, ubahlah corak perjalanan iaitu keluar lebih awal untuk mengguna­kan perkhidmatan itu pada pukul 6 hingga 7 pagi. Kedua, diskaun hanya ditawarkan kepada peng­guna yang menggunakan mod pembayaran tanpa tunai. Mere­ka ialah pengguna Touch ‘n Go, Kad MyRapid,…

Read More