Gelora politik cetus perpecahan ummah

KELMARIN, Sabtu ketika menghadiri satu mesyuarat berkaitan perpaduan ummah, satu senarai panjang menerjah masuk ke ruang WhatsApp yang khusus untuk rakan-rakan politik. Ia berkaitan parti baharu yang dinamakan Parti Melayu Baru Bersatu. Belum sempat habis membaca senarai kepemimpinannya, terdetik di hati bahawa ini sesuatu yang tidak boleh dipercayai. Mungkin palsu dan karut. Malangnya selepas itu bertalu-talu pula senarai yang sama masuk dalam grup WhatsApp lain. Ramai pula yang memberi respons termasuk mereka yang tersenarai sebagai anggota barisan kepemimpinan parti itu. Kelam kabut orang berkenaan menafikannya. Bukan bermaksud mahu melayan senarai…

Read More