Pilihan raya negeri tergempar atau DAP sekadar gempak

KALUT. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat apabila pakatan DAP dan PKR yang membentuk kerajaan Pulau Pinang belum mencapai kata putus mengenai pilihan raya negeri (PRN) tergempar. PAN pula tidak ada wakil dalam kerajaan negeri sementara Pas, bukan lagi rakan kerajaan negeri itu. Kekalutan ini ditimbulkan oleh DAP apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhadapan dengan dua tuduhan rasuah. Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Un-dangan Negeri (ADUN) pada 28 Jun 2013 iaitu ketika Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-13. Ketika mengangkat sumpah ADUN, wakil…

Read More

Gelora politik cetus perpecahan ummah

KELMARIN, Sabtu ketika menghadiri satu mesyuarat berkaitan perpaduan ummah, satu senarai panjang menerjah masuk ke ruang WhatsApp yang khusus untuk rakan-rakan politik. Ia berkaitan parti baharu yang dinamakan Parti Melayu Baru Bersatu. Belum sempat habis membaca senarai kepemimpinannya, terdetik di hati bahawa ini sesuatu yang tidak boleh dipercayai. Mungkin palsu dan karut. Malangnya selepas itu bertalu-talu pula senarai yang sama masuk dalam grup WhatsApp lain. Ramai pula yang memberi respons termasuk mereka yang tersenarai sebagai anggota barisan kepemimpinan parti itu. Kelam kabut orang berkenaan menafikannya. Bukan bermaksud mahu melayan senarai…

Read More

Kawal nafsu di jalan raya, di meja jamuan hari raya

SEMALAM, beberapa laluan di ibu negara berjalan lancar. Begitu juga dengan lebuh raya. Suasana sibuk pula masih terasa di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan sekitarnya. Ramai lagi yang membeli pada saat-saat akhir, menunggu harga runtuh atau jualan lelong di Jalan Chow Kit atau Jalan TAR. Kebanyakan warga kota sudah berada di kampung halaman masing-masing. Hari ini suasana di pejabat-pejabat kerajaan mula lengang. Urusan kaunter mungkin lebih mudah. Semua itu adalah pemandangan atau suasana biasa menjelang Hari Raya Aidilfitri. Esok atau lusa, anda mungkin boleh duduk bersila di tengah-tengah…

Read More