Bersihkan jiwa kotor ketika syaitan dibelenggu

RAMADAN kini memasuki fasa terakhir. Begitu pantas masa berlalu. Tidak sampai 10 hari, Ramadan akan pergi me­ninggalkan kita. Semoga dalam hari-hari yang berbaki ini, kuan­titi ibadah kita semakin baik dan berkualiti. Teruskan jihad Ramadan ini. Jihad sudah sinonim dengan bulan Ramadan. Memetik intipati khutbah Jumaat yang di­sampaikan oleh Dr. Farid Ravi di Masjid Bandar Seri Putra (MBSP) minggu lalu, beliau menjelaskan mengenai jihad ini iaitu jihad mengekang nafsu yang sentiasa mengajak manusia melakukan kejahatan dan jihad memerangi­ musuh. Berkaitan jihad menge­kang nafsu melakukan kejahatan, beliau menarik perhatian ten­tang syaitan. Setiap…

Read More

Mencari jalan perkukuhkan perpaduan umat Melayu Islam

SEPANJANG minggu lepas, saya berpeluang mengikuti beberapa program berkaitan dengan perpaduan ummah. Begitu juga dengan tazkirah, kuliah Subuh dan Zuhur serta khutbah Jumaat. Semua berkisar mengenai perpaduan umat Islam. Ada yang berkata perpaduan umat Melayu Islam amat meruncing. Jika kita menjangkakan PKR sebagai serpihan terakhir parti yang diasaskan orang Melayu tetapi muncul PAN berikutant kekecewaan sekumpulan pemimpin Pas. Berapa banyak lagi parti diasaskan Melayu Islam akan muncul? Siapa tahu muncul lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ? Kemunculan parti politik yang pelbagai akan memberi kesan kepada perpaduan ummah disebabkan…

Read More

Melayu terokai penerbangan ibadah bersama MAB

SETIAP tahun, jumlah jemaah umrah terus meningkat. Kha­barnya tahun ini, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan 4.3 juta visa bagi menunaikan umrah. Bagi rantau ASEAN, dianggarkan satu juta orang menunaikan umrah setiap tahun. Indonesia dan Ma­laysia pula dikatakan antara nega­ra yang paling ramai jemaah um­rah. Ini satu perkembangan yang baik, menunjukkan kekuatan ekonomi umat Islam di rantau ini untuk ke tanah suci bagi menger­jakan umrah. Jenguklah di KLIA Sepang, setiap hari ada sahaja je­maah umrah yang akan berlepas ke Jeddah atau Madinah. Bukan sahaja dengan kehadiran jemaah tempatan tetapi juga dari negara…

Read More

Maksimumkan kuantiti, kualiti ibadah Ramadan

SYUKUR Alhamdulillah, hari ini 06.06.16 kita masih bernafas dan diketemukan semula dengan Ramadan, tetamu yang sangat-sangat dinantikan. Pastinya setiap daripada kita akan terasa kehilangan mereka yang pernah bersama Ramadan tahun lalu. Toleh ke kiri dan ke kanan, ada yang tidak dapat bersama ketika bersahur dan berbuka seperti tahun sebelumnya. Mereka mungkin jauh di perantauan atau telah pergi meninggalkan alam ini. Bagi yang masih diberi peluang, bersyukurlah kerana masih ada rezeki untuk beribadat pada bulan yang penuh keberkatan ini. Ambillah peluang ini sebaik mungkin untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadah sepanjang…

Read More