Dengar suara hati mereka, kongsi hasil bersama rakyat

SELEPAS meninggalkan Johor pada tahun 1995, iaitu sesudah pilihan raya umum (PRU), saya hanya beberapa kali mengunjungi semula negeri itu. Ternyata pembangunan pesatnya berterusan. Banyak perubahan yang berlaku sama ada jalan raya dan bangunan. Ada juga bangunan yang diroboh, ditinggalkan atau terbiar. Begitulah Johor, negeri yang pernah digelar sebagai ‘Tiang seri UMNO’ dan ‘Jantung hati BN’ kerana sering mengekalkan kemenangan 100 peratus atau hampir 100 peratus kerusi yang ditandingi. Ketika itu tidak ada peluang bagi pembangkang termasuk Pas dan DAP. Walaupun pada PRU lalu kedudukan itu sudah terjejas akibat lima…

Read More

Tidak berganjak mengikuti ceramah hingga awal pagi

MALAM kelmarin, buat pertama kali, saya berada di Stadium Hoki Bukit Jalil. Kehadiran itu bukan untuk menyaksikan perlawanan hoki atau persembahan hiburan atau ceramah politik. Tujuannya untuk mengikuti ceramah pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik. Selepas solat maghrib di surau Terminal Bersepadu Selatan (TBS), laluan ke Bukit Jalil agak mudah, tidak banyak kenderaan. Sejurus sampai di kawasan berdekatan kompleks sukan itu, kelihatan deretan kenderaan sudah diletakkan di tepi jalan, maknanya tidak ada ruang di tempat letak kereta. Berbekalkan kad VIP, akhirnya dapat juga masuk ke kawasan stadium walaupun hanya ada satu…

Read More

Lihat semua sudut punca bantahan pemandu

DULU bawa teksi, sekarang ‘kereta sapu’ @ GrabCar? Itulah persoalan penulis ketika seorang pemandu teksi muncul dengan kereta biasa apabila dihubungi melalui telefon, bukan menggunakan aplikasi Grab. Beliau tersenyum dan sebaik sahaja saya memasuki kereta, beliau memberitahu, pihak syarikat telah menarik teksinya. Terkedu seketika mendengar kenyataannya. Pemandu yang begitu disiplin, kuat bekerja tiba-tiba berhutang dengan syarikat. Saya bertanyakan berapa yang tertunggak? Beliau tidak menjawab tetapi menyatakan sekurang-kurangnya perlu mencari RM2,000 untuk membawa keluar teksi itu. Maknanya jika ikut jenis kereta yang digunakan sebagai teksi itu, difahamkan kadar sewa sehari sekurang-kurangnya…

Read More

Wujudkan menang-menang dalam isu ‘kereta sapu’

GOLONGAN pemandu teksi terutama di Lembah Klang tentunya menarik nafas lega dengan perhatian yang diberikan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak berhubung isu perkhidmatan Uber dan GrabCar yang menjejaskan pendapatan mereka. Jaminan untuk mencari penyelesaian yang adil amat dialu-alukan bagi menjamin kepentingan pemandu yang menjadikan teksi sebagai sumber pendapatan tetap atau kerja sampingan. Pada masa yang sama kepentingan dan keperluan pengguna juga perlu diambil­ kira. Apa yang penting, mewujudkan situasi menang-menang, umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Berhubung isu ini, Selak pada 8 Februari…

Read More