Menawarkan perkhidmatan bukan rakus bertindak

SEMALAM ketika melintasi satu lokasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Parlimen Permatang Pauh, saya ditunjukkan mengenai premis bangunan yang telah dipecah atau diruntuhkan. Kawasan itu dikatakan menempatkan kilang haram dan kedudukannya pula terletak di kawasan perumahan. Banyak bahagian bangunan itu yang sudah dipecahkan walaupun bangunan itu tidak runtuh sepenuhnya. Kesannya seperti kejadian bangunan runtuh atau dilanda ribut. Jika benar dakwaan bahawa premis itu adalah kilang haram, entah bagaimana sebuah bangunan sebesar itu boleh dibangunkan dan ber-operasi secara haram. Bukan satu dua jabatan yang terlepas pandang. Di mana silapnya?…

Read More