Kemelut MIC perlu kompromi, orang tengah

KRISIS dalaman MIC bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ada yang berkata, bukanlah MIC jika tidak ada krisis dalaman. Ketika era S.Samy Vellu sebagai pemimpin paling lama iaitu selama 31 tahun, banyak isu dalaman yang dihadapi. Ketika itu berlaku pemecatan dan penggantungan anggota parti tetapi kedudukan Samy Vellu tetap teguh sehinggalah timbul gerakan untuk menyingkirkannya melalui Gerakan Anti Samy (GAS). Ketika era Samy Vellu juga, masalah dalaman membawa kepada penyingkiran pemimpin-pemimpin utama, melibatkan timbalan presiden dan naibnaib presiden. Akibat pemecatan dan penyingkiran itu juga melahirkan parti serpihan MIC. Jadi tidak hairanlah…

Read More