Tidak perlu disekat rezeki Ramadan al-Mubarak

BEBERAPA hari lagi, umat Islam akan memulakan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Bulan yang penuh keberkatan ini memang dinanti-nantikan kerana ganjaran pahala yang ditawarkan. Tidak kurang juga mereka yang menantikan kedatangan Ramadan ini untuk menambah pendapatan hasil perniagaan menjual juadah berbuka puasa dan pelbagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Tidak hairanlah tapak bazar Ramadan menjadi rebutan. Di sesetengah tempat ada yang bergaduh berebut tempat. Menyelak kadar sewa tapak yang ditawarkan sama ada secara undian atau tender, jelaslah jangkaan `hasil jualan’ di bazar berkenaan memang berbaloi. Jika tidak, mungkin tapak itu…

Read More