Melakukan peremajaan secara berhemah

APAKAH langkah susulan selepas 2,752 perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2014 meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin? Kehadiran mereka serta ribuan pemerhati dari Perlis hingga ke Sabah sekurang-kurangnya tiga hari dua malam di Kuala Lumpur tidak seharusnya berakhir begitu sahaja. Semangat Dewan Merdeka tidak seharusnya luntur sebaik sahaja mereka melintasi Plaza Tol Sungai Besi, Plaza Tol Jalan Duta, Plaza Tol Gombak atau sebaik sahaja pesawat meninggalkan KLIA atau klia2. Adakah kehadiran mereka sekadar memenuhi keperluan selepas dipilih di peringkat bahagian atau hanya mengambil kesempatan untuk ‘berehat’ pada musim cuti sekolah?…

Read More