Ruang dan harapan kepada profesional, orang muda

SEKALI lagi minggu ini, anggota UMNO dari seluruh negara akan ‘berkampung’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai esok dan berakhir Sabtu ini. Anggota UMNO terutama yang dipilih sebagai perwakilan harus bersyukur kerana terus berpeluang memasuki Dewan Merdeka kerana kuasa masih di tangan mereka. Ingatlah apabila kuasa sudah beralih, walaupun itu menjadi milik UMNO, belum pasti berapa lama ‘harta’ itu mampu bertahan. Bagi anggota UMNO yang mempunyai pengalaman berada di negerinegeri yang sudah beralih tangan,…

Read More

Gerak-geri, perbuatan sentiasa diperhatikan

MINGGU lalu, Selak memperkatakan tentang punca Islam dan Melayu diperlekehkan adalah disebabkan oleh masyarakat itu sendiri. Di bawah tajuk Punca kedudukan Melayu, Islam diperlekehkan, orang Melayu beragama Islam sendiri yang mencetuskan polemik dalam masyarakat sama ada melalui ucapan atau tindakan mereka. Akhirnya ia menjadi bahan perbincangan bukan sahaja oleh kelompok masyarakat itu sendiri tetapi juga orang lain. Beberapa tindakan pelik yang bertentangan dengan adat susila agama dan bangsa dilakukan kononnya atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Dalam sesuatu isu, ada orang Melayu dan Islam me-nyokong dan sebilangan yang…

Read More

Punca kedudukan Melayu, Islam diperlekehkan

KE MANA Melayu dengan Islamnya? Persoalan ini bukan bertujuan menuntut jawapan yang tuntas. Cukuplah sekadar untuk mengajak kita berfikir tentang kemungkinan yang bakal berlaku jika kedudukan Melayu dan Islam tidak diperkukuhkan. Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak ambil pusing atau tidak kisah dengan apa yang berlaku kepada orang Melayu dan Islam. Bagi mereka, apa yang hendak dirisaukan kerana Melayu Islam masih boleh melakukan ibadah tanpa sekatan. Larangan azan menggunakan pembesar suara atau membaca al-Quran pada waktu Subuh hanyalah satu perkhabaran yang tidak betul, propaganda yang digembar-gemburkan. Begitu juga peluang…

Read More

Bangkit tawan semula atau biarkan mereka terus berkuasa

DALAM beberapa siri `perjumpaan’ bulan lalu, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) diberi peringatan dan teguran berhubung prestasi masing-masing pada pilihan raya umum (PRU) lalu. Peringatan itu dibuat oleh Pengerusi BN, Najib Tun Razak pada perhimpu-nan agung MCA dan Gerakan. Tidak ketinggalan juga UMNO melalui Konvensyen UMNO Selangor yang berlangsung kelmarin. Selepas 18 bulan PRU, parti-parti politik sudah tentu mempunyai pelbagai strategi untuk menghadapi PRU berikutnya. Dalam tempoh itu, banyak analisis dibuat berhubung kemenangan dan kekalahan. Sekarang adalah masa untuk memperkemaskan jentera parti supaya apabila tiba masanya, pengundi-pengundi sedar kenapa parti-parti…

Read More