SYUKURLAH selepas sebulan berpuasa, kita dapat meraikan hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri. Ramadan yang meninggalkan kita semalam diharap dapat mendidik umat Islam untuk menggandakan ibadat sepanjang bulan dan diteruskan lagi pada bulan berikutnya. Semoga Ramadan mampu memantapkan akidah serta semangat beribadat. Syukur juga bagi mereka yang berjaya mengisi Ramadan dengan ibadah yang secukupnya untuk memohon keampunan Allah. Kepada yang leka dan lalai sepanjang bulan lalu, berusahalah memperbaikinya lagi sekiranya diizinkan untuk ke temu semula bulan yang penuh keberkatan itu. Diharapkan segala amalan kita sepanjang Ramadan sama ada puasa, solat sunat,…
Read More