Pulihara Pasar Payang, nasi dagang, keropok lekor

TIDAK lengkap jika berkunjung ke Kuala Terengganu, anda tidak singgah seketika di Pasar Besar Kedai Payang. Begitu juga tidak sempurna kalau tidak menikmati keenakan nasi dagang. Perdana Menteri, Najib Tun Razak juga tidak ketinggalan mengunjungi Pasar Payang dalam rangka kunjungan ke Negeri Terengganu pada Sabtu lalu. Sejurus tiba dari Kuala Lumpur, Najib terus ke Pasar Payang yang terletak di ka-wasan muara Sungai Terengganu. Beliau kemudiannya ke Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan bersarapan di sana dengan menikmati nasi dagang berlaukkan ikan tongkol atau ikan aya. Kehadiran Najib adalah bagi…

Read More

Inikah yang dikatakan Ketua Menteri dengan kuasa?

CORAK ‘pentadbiran’ Lim Guan Eng sama ada melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang atau organisasi parti itu mendapat pelbagai kritikan. Ada saja label diberikan terhadap Ketua Menteri itu yang juga Setiausaha Agung DAP. Isu panas berkaitan parti tentulah mengenai kongres yang menyaksikan kekeliruan bersejarah berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Banyak anggota parti yang mahu pemilihan diadakan semula selepas timbul keraguan mengenai keputusan berkenaan. Berikutan kecelaruan itu, ada juga pihak mendesak Guan Eng meletak jawatan. Di luar parti pula, beliau dikritik hebat termasuk melibatkan anggota Pas, parti yang bersekutu dengan…

Read More

Warna-warni sempena Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang

SELAMAT Tahun Baharu Cina. Gong Xi Fa Chai kepada semua pembaca Utusan Malaysia yang menyambutnya. Suasana rumah terbuka sempena ‘hari raya’ berterusan. Semalam dan hari ini, masih banyak acara diatur untuk menyambut Tahun Ular Air ini. Hari ini, negeri yang ditadbir oleh DAP menjadi tumpuan kerana akan berlangsung sambutan Hari Terbuka Gong Xi Fa Chai 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang. Perdana Menteri, Najib Tun Razak akan hadir pada majlis itu. Sejak semalam, Najib sudah bersama masyarakat Cina menyambut sambutan itu. Bermula dengan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran…

Read More

Kerajaan CAT DAP di Pulau Pinang perlu jelaskan aktiviti PAP

MINGGU ini Selak masih berminat untuk bercerita mengenai ‘keistimewaan’ Pulau Pinang. Jika minggu lalu Selak menyelak mengenai pelbagai kelainan yang berlaku khususnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), minggu ini Pulau Mutiara itu terus menarik perhatian. Semuanya ini berlaku sejak kerajaan DAP mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan Barisan Nasional (BN). Tidak keterlaluan jika dikatakan Pulau Pinang layak mendapat pengiktirafan negeri paling banyak demonstrasi – tak kiralah ia berlangsung dalam skala kecil atau besar. Minggu lepas, satu lagi demonstrasi menjadi perhatian di pekarangan Komtar. Kali ini agak istimewa. Sekumpulan lelaki berhimpun…

Read More