2013, penantian Pilihan Raya Umum Ke-13 berakhir

KETIKA mula melangkah ke tahun baru 2012, Selak menulis mengenai Tahun 2012 diisi kelegaan, kekecewaan atau kejayaan. Turut disentuh mengenai 2012 Tahun Pi-lihan Raya Umum? Semua persoalan itu sudah terjawab sebaik sahaja kita berjaya mengharungi tahun 2012 dengan kelegaan, kekecewaan dan kejayaan. Begitu juga dengan persoalan mengenai pilihan raya. Su-dah pasti, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan berlangsung pada tahun 2013 yang akan bermula esok. Cuma waktu dan ketikanya masih menjadi persoalan. Sebelum ini ada yang menjangkakan 100 hari lagi (sekitar Mac), sebelum Tahun Baru Cina yang di-sambut 10 Februari,…

Read More

Peranan, watak Melayu DAP dalam parti dan pilihan raya umum

JANGAN lupakan golongan veteran. Jangan pandang rendah kepada kuasa golongan veteran. Itulah antara penegasan Karpal Singh kepada anggota-anggota Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu supaya generasi baru tidak meminggirkan ‘orang lama’. Maka tidak hairanlah jika nama-nama seperti Lim Kit Siang dan Karpal sendiri disenaraikan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang kelmarin. Usaha menjatuhkan Karpal juga ti-dak berjaya apabila Pengerusi DAP itu menduduki di tangga ketiga undi terbanyak. Bukan mudah menundukkan Karpal dan ini bukan kali pertama usaha seumpama itu dilakukan. Bagaimanapun seorang lagi…

Read More

Jangan sekadar ‘menang sorak dan emosi’ di Dewan Merdeka

SELAMA lima hari ‘mata dan telinga’ ter-tumpu ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kini perhatian beralih pula ke setiap pelusuk bahagian dan kawasan pilihan raya di seluruh negara. Adakah jentera UMNO akan bergerak seperti yang diharapkan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Sabtu lalu? Sepanjang minggu lalu, orang politik dan masyarakat seluruhnya sudah melihat dan mendengar apa yang berlaku semasa perhimpunan itu sama ada melalui media cetak, media elektronik atau media baru. Perhimpunan kali ini nampak lebih tersusun dan lebih fokus kepada memanaskan suasana pilihan raya umum (PRU).…

Read More