Mata dan telinga tertumpu pada perhimpunan UMNO di Dewan Merdeka

SAMA seperti bahang pilihan raya umum (PRU) yang semakin terasa, kehangatan Perhimpunan Agung UMNO juga sudah dapat dirasai. Kawasan di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mula dikunjungi anggota-anggota UMNO pelbagai peringkat. Mereka akan berkampung di situ selama lima hari. Beberapa program menjelang perhimpunan itu juga diadakan di Dewan Merdeka sejak Sabtu lalu. Acara rasmi perhimpunan akan bermula esok dengan Majlis Taklimat Presiden pada sebelah siang dan malamnya berlangsung perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Kepada 2,674 perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO, diucapkan selamat bersidang. Tumpukan…

Read More