Cabaran Palanivel menjelang pilihan raya umum

PADA satu majlis di Cameron Highlands baru-baru ini, Presiden MIC, G.Palanivel berjaya mencuri perhatian ramai apabila memulakan ucapan dalam bahasa Mandarin. Ucapan itu mengejutkan lebih 200 pemimpin pertubu-han bukan kerajaan (NGO) yang hadir. Tutur katanya kemas dan lancar. Selepas 10 minit, beliau meneruskan ucapannya dalam bahasa kebangsaan. Kata Palanivel, beliau belajar bahasa Mandarin daripada seorang guru dari China selama tiga bulan. ‘‘Bukan senang nak belajar bahasa Mandarin, susah dan rumit tapi saya tidak putus asa. Kalau kita berusaha, semua pun boleh”, katanya. Begitu juga tugas dalam politik, bukan mudah tetapi…

Read More