Ibadah korban dan pengorbanan

HARI ini, berakhirlah ibadah korban sempena Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha. Sejak Jumaat lalu, umat Islam yang berkemampuan digalakkan menyembelih haiwan ternakan seperti kambing, biri-biri, lembu atau kerbau. Bagi yang lebih berkemampuan dan inginkan kelainan, mereka membawa masuk unta untuk dikorbankan. Di Malaysia, lembu dan kambing menjadi pilihan. Syukurlah kerana umat Islam di negara ini dapat menjalani ibadah korban dengan sempurna, tanpa perasaan takut dan bim-bang. Semuanya ini dapat dilakukan kerana nikmat keamanan yang ada. Bayangkan jika negara dalam keadaan tidak stabil. Pada kebiasaannya, ibadah ini dilakukan secara…

Read More

Lega dengan diskaun Komuter 1Malaysia, Go-KL City

MULAI hari ini, warganegara Malaysia khususnya pengguna komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang berpendapatan RM3,000 ke bawah berpeluang mendapatkan diskaun 50 peratus. Kadar diskaun melalui kad Komuter 1Malaysia itu dijangka melibatkan 300,000 pengguna untuk tempoh 1 November 2012 hingga 31 Oktober 2013 yang melibatkan perjalanan dari Tanjung Malim (Perak) ke Sungai Gadut (Negeri Sembilan) dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang. Tahniah dan terima kasih KTMB, tetapi kenapa hanya mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah? Hakikatnya, komuter menjadi pengangkutan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira pendapatan. Lihatlah pelbagai jenis kereta di…

Read More

Cabaran Palanivel menjelang pilihan raya umum

PADA satu majlis di Cameron Highlands baru-baru ini, Presiden MIC, G.Palanivel berjaya mencuri perhatian ramai apabila memulakan ucapan dalam bahasa Mandarin. Ucapan itu mengejutkan lebih 200 pemimpin pertubu-han bukan kerajaan (NGO) yang hadir. Tutur katanya kemas dan lancar. Selepas 10 minit, beliau meneruskan ucapannya dalam bahasa kebangsaan. Kata Palanivel, beliau belajar bahasa Mandarin daripada seorang guru dari China selama tiga bulan. ‘‘Bukan senang nak belajar bahasa Mandarin, susah dan rumit tapi saya tidak putus asa. Kalau kita berusaha, semua pun boleh”, katanya. Begitu juga tugas dalam politik, bukan mudah tetapi…

Read More

Sandiwara apa sedang berlaku di Pulau Pinang?

SUDAH lama tidak menjenguk dan menyelak apa yang berlaku di Pulau Pinang. Kali terakhir Selak menyelak isu Pulau Mutiara itu ialah pada Jun lalu. Kali terakhir saya pulang ke Permatang Pauh ialah pada Hari Raya Aidilfitri ketiga yang lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas yang ketika ini timbul cadangan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk ditukarkan kepada Lapangan Terbang P.Ramlee. Ketika itu sempatlah singgah di Padang Kota Lama, menikmati pasembur atau orang luar panggil rojak. Pada 16 September lalu, di Dewan Bandaran berhampiran Padang Kota Lama, berlangsung pula…

Read More

Harga gula, fatwa rokok selepas bentang Bajet 2013

GULA dan rokok – kembar yang mampu memudaratkan kesihatan terus menjadi perhatian setiap kali pembentangan bajet. Jumaat lalu, Bajet 2013 – Memakmur Negara Mensejahterakan Rakyat: Sebuah Janji Ditepati sudah dibentangkan. Boleh dikatakan semua lapisan masyarakat terasa ‘tempias’ bajet. Rakyat 1Malaysia sama ada di desa atau di kota, murid sekolah hingga warga emas masing-masing mendapat habuan sama ada secara langsung atau tidak. Maka banyak reaksi yang diberi. Bagi yang gemar ‘membantah’ apa juga keputusan kerajaan, sudah tentulah ada komen bernada tidak setuju. Memang itu peranan mereka – wangi dianggap busuk dan…

Read More