Pelan kecemasan hadapi sabotaj calon pada PRU

UMNO sudah pun menetapkan 27 November sehingga 1 Disember depan sebagai tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2012. Pada masa yang sama menurut Presiden UMNO, Najib Tun Razak, pemilihan akan ditangguhkan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dilangsungkan. Malahan perhimpunan juga akan ditunda sekiranya PRU muncul menjelang perhimpunan itu. Maka ramailah yang terus membuat spekulasi mengenai tarikh PRU13. Mana satu datang dahulu? Adakah PRU datang sebelum atau selepas perhimpunan? Jika sebelum PRU, sahlah tidak akan ada pemilihan. Bila pula tarikh akhir pemilihan mesti dilangsungkan selepas diberi ruang untuk ditangguhkan sehingga 18 bulan?…

Read More

Menunaikan haji, hari mengundi, Hari Malaysia

DI SINI 930,000 MASIH MENANTI SELAMAT berangkat ke Tanah Suci Mekah kepada 28,000 bakal jemaah haji Malaysia yang akan memulakan perjalan mereka mulai hari ini. Syukur Alhamdulillah kerana anda semua diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Bakal jemaah haji ini boleh dianggap bertuah kerana mereka bernasib baik daripada lebih 930,000 orang yang masih menaruh harapan untuk ke sana. Entah bila, entah sempat atau tidak, hanya Allah yang menentukan. Kita hanya berusaha. Semoga penerbangan jemaah ke Madinah atau Mekah sehingga 19 Oktober ini berjalan lancar. Begitu juga dengan…

Read More

Elak sabotaj, elok berundur menjelang pilihan raya

SINGKIR anggota UMNO yang cuba sabotaj calon parti semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Itulah amaran UMNO. Tentunya parti-parti politik lain termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mempunyai pendirian yang sama. Cuma sejauh mana keupayaan atau kekuatan parti politik mahu melaksanakannya. Ada parti yang begitu ‘sayang’ dengan anggota berkenaan dan terpaksa ‘menyimpannya’ kerana pertimbangan politik tertentu. Tetapi secara keseluruhannya, mana-mana parti politik sudah tentu akan menyingkirkan anggota yang tidak setia kepada parti, lebih-lebih lagi sehingga mensabotaj calon pada PRU. Lebih malang jika tindakan sabotaj itu menyebabkan calon parti…

Read More

Kita raya dulu selepas itu pilihan raya

DALAM satu sidang akhbar di Mekah pada bulan Ramadan lalu, Perdana Menteri Najib Tun Razak ditanya mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13. Persoalan itu dilontarkan kalau-kalau Perdana Menteri sudah mendapat ilham mengenai PRU itu ketika berada di Tanah Suci Mekah untuk menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Najib hanya ketawa mendengar soalan itu tetapi menjawab: ‘‘Kita raya dulu (Hari Raya Aidilfitri) kemudian baru pilihan raya’’. Memang betullah jawapan Perdana Menteri itu kerana menjelang tarikh pembubaran itu sudah tidak ada lagi hari raya kecuali hari raya haji atau…

Read More