DI MANA sahaja rakyat Malaysia berada, semuanya mendapat faedah hasil pembentangan Bajet 2012 pada Jumaat lalu. Sedikit sebanyak mereka tetap merasainya. Sama ada di kota atau di desa, masingmasing mendapat habuan. Tanpa mengira profesion atau pekerjaan harian mereka buruh, peladang, penternak, nelayan, guru, kakitangan awam dan sebagainya mendapat manfaat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pesara yang tidak bekerja juga mendapat nikmat. Malahan golongan gelandangan juga tidak dilupakan. Memang benar kata Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Tun Razak: ‘‘Ia (bajet 2012) tidak meninggalkan yang berpendapatan rendah, sekalipun menengah…
Read More