Jamuan hari raya, makanan basi, hari tanpa kenderaan

RUMAH TERBUKA KITA dalam minggu terakhir rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri. Lusa hari terakhir Syawal. Bagaimanapun rumah terbuka pastinya berterusan pada hujung minggu ini dengan pelbagai nama – majlis doa selamat, makanmakan dan kenduri kahwin. Biar apa pun nama yang diberi, yang penting pertemuan pada majlis jamuan itu dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Bukannya hidangan atau makanan yang diutamakan tetapi kemesraan antara saudara mara, sahabat handai dan yang paling utama jiran tetangga. Di samping rumah terbuka individu, korporat atau jabatan, tidak ketinggalan penganjuran rumah terbuka di kalangan penduduk kawasan perumahan. Mereka…

Read More

Cakap jangan sebarang cakap… buruk padahnya

SELASA lalu, UMNO Pulau Pinang mengumumkan mahu menyaman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebanyak RM30 juta kerana didakwa menuduh UMNO mendalangi demonstrasi di Komtar dan terlibat membakar pejabat DAP di Pulau Pinang. Keesokannya, UMNO Selangor pula menyaman Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dan lima lagi bagi menuntut ganti rugi RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah parti itu dalam artikel bertajuk Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS yang disiarkan oleh akhbar Harakah pada Ogos lalu. Jarang sekali UMNO mengambil tindakan sedemikian. Sebelum ini setiap tuduhan dan…

Read More

Berubahkah Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke13?

TERIMA kasih kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kerana memilih Pulau Pinang atau lebih tepat Permatang Pauh sebagai tuan rumah Majlis Rumah Terbuka Malaysia AidilfitriMerdeka 2011. Semoga kehadiran Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak menyemarakkan lagi semangat Aidilfitri dan Merdeka di kalangan penduduk kawasan itu yang majoritinya orang Melayu. Sambutan yang diberi amat menggalakkan. PM juga terharu dengan sambutan itu. Sesungguhnya penduduk Permatang Pauh dan sekitarnya bertuah kerana dipilih sebagai tuan rumah majlis peringkat kebangsaan ini. Siapa sangka Permatang Pauh menjadi pilihan. Apakah istimewanya Permatang Pauh? Pulau Pinang…

Read More

Guan Eng ulas Mat Sabu…Siapa si Luncai dan siapa pula labu-labu

SEMPAT juga penulis berhari raya di kampung walaupun terpaksa bertugas pada hari raya pertama. Seperti biasa, apabila kembali ke Permatang Pauh, banyak cerita menarik, tentunya mengenai politik. Kebetulan pada hari raya ketiga, ada rumah terbuka wakil rakyat kawasan itu, Anwar Ibrahim (Parlimen Permatang Pauh) dan Mansor Othman (ADUN Penanti). Majlis berlangsung di bilik gerakan pakatan DAPPKRPas berhadapan masjid Kubang Semang. Pada 11 September ini, kirakira empat kilometer dari situ, akan berlangsung pula Rumah Terbuka Aidilfitri 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, juga terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dan…

Read More