‘Kerana mu Merdeka, ku nikmati Aidilfitri’

RAMADAN sudah tiba di penghujungnya. Ramai warga kota kini berada di kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Buat seketika, ibu negara sepi daripada kesesakan lalu lintas dan kebanjiran manusia yang sibuk menjalankan aktiviti seharian. Cuti panjang hari raya yang dijadualkan esok, disusuli Hari Kemerdekaan Ke-54 lusa menyebabkan suasana lebih meriah. Namun tidak semua bercuti pada hari raya. Masih ramai yang bekerja bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati Aidilfitri dalam suasana aman dan memastikan segala ‘urusan kehidupan’ berjalan lancar. Tidak mungkin semuanya bercuti atau ‘tutup kedai’. Penulis juga bekerja pada…

Read More

KTMB… dengarlah rintihan, keluhan, rayuan pengguna komuter

MINGGU ini umat Islam memasuki 10 malam terakhir Ramadan, dianggap minggu kemuncak sebelum Syawal menjelang tiba. Sewajarnya, pada malam-malam terakhir ini, masjid dan surau semakin dipenuhi umat Islam untuk solat tarawih, witir serta melakukan pelbagai amal ibadat lain dalam mencari keberkatan Lailatulqadar. Malangnya ketika ini jumlah saf semakin berkurangan. Jika pada awal Ramadan, safnya melimpah hingga ke luar dewan solat utama tetapi hari ini keadaan sudah berubah. Ramai yang sibuk dengan persiapan menyambut hari raya dan memenuhi undangan berbuka puasa. Pada minggu terakhir ini juga, ramai yang terbayangkan lambaian kampung…

Read More

Menang dulu kerusi PRU, baru pakat cerita soal jawatan

RAMADAN sekali lagi mengundang pelbagai isu yang menarik perhatian umat Islam. Setiap kali Ramadan, timbul cerita restoran dan hotel yang menyediakan juadah berbuka puasa sama ada halal atau tidak. Isu harga juadah berbuka nampak reda sedikit. Mungkin ramai yang sudah tidak peduli dengan harga kerana poket sudah selesa. Isu halal haram sebelum ini ‘panas’ disebabkan cara penyediaan dan penggunaan bahan tertentu yang disahkan tidak halal. Bagaimanapun kali ini agak mendukacitakan apabila ada pihak yang berani menjadikan daging babi salah satu hidangan Ramadan. Biar apa pun alasan, menyenaraikan daging babi sebagai…

Read More

Hargai nikmat Ramadan pada bulan kemerdekaan

SUDAH seminggu kita bertarawih pada bulan Ramadan ini. Hari ini masuk hari kelapan kita berpuasa. Begitu pantas masa berlalu. Syukur kerana kita dapat melakukan ibadah pada bulan yang mulia ini dengan penuh kedamaian. Umat Islam di Malaysia bernasib baik kerana dapat menjalani ibadah puasa dalam suasana harmoni walaupun masyarakat kita terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama. Saban petang, bazar Ramadan penuh sesak dengan manusia yang mahu memilih pelbagai juadah mengikut keperluan dan selera masing-masing. Mereka berbelanja ikut kemampuan atau kadangkala mengikut hawa nafsu. Sepuluh jari di tangan penuh bungkusan…

Read More

Ramadan bulan ibadah dan rezeki umat Islam

SALAM Ramadan. Syukurlah kerana sekali lagi kita dapat ketemu bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini. Tidak pasti adakah ini Ramadan terakhir bagi kita atau berpeluang menemuinya sekali lagi tahun depan. Apa yang pasti ada di antara kita akan merasai ketiadaan orang tersayang pada Ramadan kali ini. Mungkin ibu, bapa, kakak, adik, abang atau anak. Maka jangan dibiarkan bulan ini berlalu tanpa pengisian amalan yang sewajarnya. Semoga kita diberi ‘kekuatan’ untuk menunaikan salah satu daripada Rukun Islam itu. Pelbagai tanggapan dibuat mengenai Ramadan ini. Selain sebagai bulan ibadat, ada yang…

Read More