Larang artis tidak bermoral tetapi bagaimana pula orang politik?

BULAN lalu, Kerajaan Negeri Selangor dilaporkan melarang artis sama ada tempatan mahu pun luar negara yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral mengadakan persembahan terbuka di negeri pentadbiran trio 3P DAP-PKR-Pas. Kenyataan berkaitan dikeluarkan oleh Exco Selangor, Dr. Hassan Mohd. Ali yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam, AdatAdat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau dilaporkan sebagai berkata: “Kita tidak akan memberi ruang (adakan sebarang persembahan) kepada artis sedemikian kerana perlakuan kurang bermoral yang dilakukan sebelum ini dilihat akan memberi kesan negatif kepada golongan muda terutamanya yang menjadikan artis sebagai idola mereka.…

Read More