Pegangan tanah Melayu semakin mengecil, dihakis dan terus terhakis

MINGGU lalu ketika melintasi kawasan bendang atau sawah padi di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, kelihatan anakanak padi yang subur menghijau. Syukurlah masih ada yang sanggup mengerjakan sawah ketika lebih ramai anak muda hanya berminat berada di bilik berhawa dingin walaupun sekadar operator pengeluaran. Tidak pasti berapa lama tanah itu mampu bertahan sebagai sawah kerana di satu kawasan berhampiran jalan besar dan tali air, sawah itu sudah ditambak. Sebuah banglo juga sedang dalam pembinaan. Masih ada ruang kosong di situ yang khabarnya dijadikan tanah lot untuk dijual bagi membina rumah.…

Read More

Bertimbang rasa kepada pemandu teksi jujur mencari rezeki

PADA April tahun lalu, Selak pernah menulis mengenai rintihan pemandu teksi. Dua pemandu diambil contoh yang dikenali sebagai Pak Lang dan Pak Long. Di bawah tajuk ‘Siapa peduli apabila Pak Lang dan Pak Long ditipu penumpang’. Menyelak kembali tulisan itu, pembaca sentiasa dipaparkan dengan cerita mengenai teksi, iaitu pemandu enggan guna meter, pilih destinasi dan enggan ambil penumpang. Nama saja teksi bermeter tetapi jenguklah di luar Kuala Lumpur seperti di Shah Alam, Kajang, Bangi dan Serdang. Berselerak teksi bermeter tidak guna meter. Jika orang besar Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)…

Read More

Kos berubat lebih mahal daripada sekilo gula, sekotak rokok

SELAMAT Hari Guru cikgu! Khabarnya ada berita istimewa hari ini. Tetapi sebelum ini, harga gula naik lagi, RM2.30 sekilogram. Kenaikan ini tentunya disambut gembira oleh ‘pelabur politik’ yang sentiasa mencari modal untuk menghentam kerajaan. Mereka peduli apa dengan alasan yang diberi. Bagi mereka, alasan itu hanya ‘gula-gula’ menyedapkan hati. Mereka sinis dengan alasan bahawa harga di Malaysia masih rendah berbanding Indonesia RM3.80 sekilogram, Singapura RM3.61, Thailand RM2.31 dan Filipina RM4.50. Mereka tidak peduli bahawa kerajaan masih menanggung subsidi RM283.4 juta setahun walaupun kenaikan itu menjimatkan RM116.6 juta. Subsidi ini pula…

Read More

Larang artis tidak bermoral tetapi bagaimana pula orang politik?

BULAN lalu, Kerajaan Negeri Selangor dilaporkan melarang artis sama ada tempatan mahu pun luar negara yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral mengadakan persembahan terbuka di negeri pentadbiran trio 3P DAP-PKR-Pas. Kenyataan berkaitan dikeluarkan oleh Exco Selangor, Dr. Hassan Mohd. Ali yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam, AdatAdat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau dilaporkan sebagai berkata: “Kita tidak akan memberi ruang (adakan sebarang persembahan) kepada artis sedemikian kerana perlakuan kurang bermoral yang dilakukan sebelum ini dilihat akan memberi kesan negatif kepada golongan muda terutamanya yang menjadikan artis sebagai idola mereka.…

Read More

Ibarat memiliki nafsu besar tetapi tenaga kurang

TAJUK Selak minggu ini tidak ada kena mengena dengan masalah moral atau politik tetapi berkaitan isu pengangkutan awam. Entah kali ke berapa tulisan mengenai isu ini dibangkitkan khususnya melibatkan perkhidmatan komuter. Tetapi untuk 2011, ini kali pertama. Itu pun disebabkan tidak banyak perubahan terhadap perkhidmatannya kecuali wajah stesen, koc wanita dan beberapa lagi yang di luar keperluan mendesak pengguna iaitu sesak di dalam koc. Memang ada perkembangan positif terhadap kereta api termasuk Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala LumpurIpohKuala Lumpur dan laluan komuter lebih ‘panjang’. Di utara, Tanjong Malim menjadi hentian…

Read More