Pilihan raya kecil bukan sekadar kos RM

SEKALI lagi Barisan Nasional (BN) dan Pas bertembung dalam pilihan raya kecil (PRK). Kali ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang. Kedua-duanya kawasan BN. Sebelum ini BN-Pas menguji pengaruh dienam PRK, empat daripadanya kawasan Pas. Dua kawasan Parlimen Kuala Terengganu (BN) dan Bukit Gantang (Pas), manakala DUN ialah Manek Urai (Pas), Galas (Pas) di Kelantan; Permatang Pasir (Pas) di Pulau Pinang dan Tenang (BN) di Johor. Rekod pertemuan berakhir dengan BN kekal di Tenang, menang di Galas. Pas mempertahankan Bukit Gantang, Manek Urai, Permatang Pasir dan…

Read More

Sabar menanti pilihan raya negeri Sarawak

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang akan diadakan serentak pada 6 Mac ini. Adakah Merlimau dan Kerdau menjadi DUN terakhir dalam siri PRK selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008? PRK Merlimau dan Kerdau diadakan menjelang genap tiga tahun PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008. Kekosongan kerusi di peringkat DUN atau Parlimen perlu diisi sekiranya ia berlaku dalam tempoh tiga tahun usia penggal DUN atau Parlimen. Ini bermakna, sebarang kekosongan dalam tempoh dua tahun terakhir penggal Parlimen atau DUN tidak akan diisi melalui PRK,…

Read More

Pulau Pinang: Demokratik? Keadilan? Islam?

BALIK Pulau Bayan Lepas, di sana terpelau di sini terlepas. Nampaknya ingatan atau sindiran sinis terhadap Melayu Pulau Pinang menghampiri kenyataan. Maksud sindiran itu boleh disamakan dengan peribahasa Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Balik Pulau boleh dianggap satu-satunya kawasan Melayu yang masih bertahan di pulau itu. Dulu Bayan Lepas juga pernah menjadi tumpuan Melayu. Tetapi disebabkan keperluan ekonomi, Bayan Lepas bertukar wajah. Ramai Melayu terpaksa ‘berhijrah’. Kawasan itu akhirnya menjadi tempat anak-anak Melayu menjadi operator pengeluaran di kilang elektronik. Turut menumpang ialah anak-anak Melayu dari Kedah, Perlis dan…

Read More

Tumpang semangkuk, ‘kembang’ semangkuk

JUMAAT lalu, pelbagai pihak terus bertungkus lumus mahu menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir. Menteri, timbalan menteri, setiausaha politik dan pelbagai agensi berada di Kaherah dan Jeddah untuk membantu. Pada hari yang sama juga rakyat Mesir terus mengadakan demonstrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur. Pada perhimpunan yaumul rohil atau hari pengunduran itu, mereka terus mengadakan demonstrasi besar-besaran. Kuala Lumpur turut terasa tempias. Tiba-tiba sahaja di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, ada demonstrasi jalanan pada Jumaat lalu. Masalah di Mesir tetapi Kedutaan Amerika Syarikat (AS) jadi sasaran. Tetapi pada masa yang sama,…

Read More