Mencari pengangkutan awam menjelang ‘pesta balik kampung’

BEGITU pantas masa berlalu. Lebih kurang dua minggu lagi, umat Islam akan memulakan ibadah puasa bulan Ramadan. Bagi menghidup dan mengimarahkan Ramadan yang datang hanya sekali dalam setahun itu, surau dan masjid di seluruh negara sibuk mengatur pelbagai program. Malahan Surau Al Huda Utusan Melayu juga siap menyusun programnya seperti tahun-tahun sebelum ini. Menurut Pengerusinya, Kamsari Nor, seperti biasa akan diadakan solat sunat tarawih dan witir, tazkirah, majlis ilmu, tahlil arwah, tadarus al-Quran, membuat bubur lambuk dan derma kepada anak-anak yatim. Pada masa yang sama, pihaknya turut mengalu-ngalukan sumbangan kakitangan…

Read More