Mencari pengangkutan awam menjelang ‘pesta balik kampung’

BEGITU pantas masa berlalu. Lebih kurang dua minggu lagi, umat Islam akan memulakan ibadah puasa bulan Ramadan. Bagi menghidup dan mengimarahkan Ramadan yang datang hanya sekali dalam setahun itu, surau dan masjid di seluruh negara sibuk mengatur pelbagai program. Malahan Surau Al Huda Utusan Melayu juga siap menyusun programnya seperti tahun-tahun sebelum ini. Menurut Pengerusinya, Kamsari Nor, seperti biasa akan diadakan solat sunat tarawih dan witir, tazkirah, majlis ilmu, tahlil arwah, tadarus al-Quran, membuat bubur lambuk dan derma kepada anak-anak yatim. Pada masa yang sama, pihaknya turut mengalu-ngalukan sumbangan kakitangan…

Read More

Dirasuk macam-macam mambang, adakah ia satu co…ba…an?

SABTU lalu, ketika dalam perjalanan ke pejabat, penulis menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Jaguh Kampung, Ibrahim Ali. Selepas dibuang ayat pertama (takut sensitif) lebih kurang begini bunyi SMS itu: Hai mambang tanah… Mambang pasir dan mambang balak… Mambang kacau sana sini, mambang bijak mambang jahat, mambang mahu kebas semua…Cubaan. Penulis kemudiannya membalas SMS itu: Melayu hilang kuasa pada (pilihan raya umum) PRU-13, kata Harussani… Cubaan. Tok Him segera menjawab: Tidak cubaan lagi la tu… Dah hancur! Begitulah serba ringkas SMS Jaguh Kampung Pasir Mas yang mengingatkan kembali kepada filem…

Read More

Meneruskan ‘semangat bola’ selepas Piala Dunia 2010

SEMALAM, Presiden UMNO, Najib Tun Razak sekali lagi membangkitkan kerjasama berpasukan yang perlu ditunjukkan seperti pasukan bola sepak. Mungkin disebabkan demam Piala Dunia serta tumpuan masyarakat yang diberikan sejak 11 Jun lalu dan berakhir awal pagi ini. Jika sebelum ini Najib menyentuh mengenai pasukan Jerman yang mampu mengalahkan Argentina atas semangat berpasukannya tetapi semalam di Johor, beliau bangkitkan pula perlawanan suku akhir di antara Brazil dan Belanda. Katanya, kelonggaran semangat berpasukan mengakibatkan Brazil tewas 1-2 di tangan Belanda. Mesej penting Najib ialah bekerja sebagai satu pasukan. Dan inilah yang perlu…

Read More

Melayu Tanjong jangan dijadikan jeruk ‘pala dan asam’

KALAU ke Pulau Pinang, nasi kandar sudah menjadi satu kemestian. Dari Kuala Lumpur, ada yang sanggup mencari nasi kandar Line Clear di Jalan Penang. Tetapi sebagai buah tangan untuk dibawa pulang, jeruk buah menjadi pilihan utama. Di Pasar Chowrasta, Jalan Penang atau sebelum melangkah masuk ke feri di Pangkalan Raja Tun Uda dan Pangkalan Sultan Abdul Halim, pelbagai jenis jeruk dijual. Tak kiralah siapa yang proses dan jual jeruk itu, tetapi biasanya orang akan bawa pulang sebagai oleh-oleh. Padahal, jeruk ini boleh didapati di mana-mana sahaja. Di daerah Balik Pulau,…

Read More