Perjalanan ibadah haji, korban dan pengorbanan politik

MASIH belum terlewat untuk me- ngucapkan Salam Aidiladha. Hari ini hari terakhir umat Islam yang berkemampuan melakukan ibadah korban, iaitu sembelihan haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan unta. Tentu ramai yang kekenyangan dengan daging korban yang disumbangkan. Di negara kita, mereka yang berada turut merasai daging korban ini berbanding di negara lain, orang miskin berebut-rebut mendapatkan daging korban itu. Semoga mereka yang benar-benar memerlukan mendapat habuan masing-masing. Pada masa yang sama diharap mereka yang berkorban benar-benar jujur dan ikhlas dan tidak timbul cakap-cakap belakang seperti yang pernah terjadi sebelum ini.…

Read More

Khidmat KTM Komuter semakin baik atau bertambah buruk?

SEMALAM, ketika tercari-cari mengenai isu apa yang ingin ditulis, penulis terselak satu blog luahan rasa seorang pengguna KTM Komuter. Beliau ‘tidak bahagia’ dengan perkhidmatan yang berusia 14 tahun itu. Setelah membaca luahannya, penulis mahu membicarakan isu ini. Walaupun beberapa rakan meminta supaya disentuh isu bai’ah, tetapi penulis beritahu: ‘‘Ana dah muak dengan politik’’. Kata mereka lagi, ini bukan politik tetapi ada kaitan dengan agama. Penulis menjawab, ‘‘Kalau soal agama, ana tidak ada tauliah nak ulas’’. Tetapi penulis maklumkan kepada rakan-rakan itu bahawa dalam politik, kadangkala agama ditolak ketepi asalkan niat…

Read More

Semangat kesukanan di stadium, semangat ukhuwah di masjid

KENAPA Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengeluarkan kenyataan mengingatkan pegawai dan jawatankuasa kariah masjid agar memastikan rumah ibadat itu tidak digunakan sebagai gelanggang politik? Ini bukan kali pertama kenyataan seumpama itu dikeluarkan sejak pakatan PKR-DAP-Pas memerintah Selangor Darul Ehsan. Tentunya baginda terdengar atau mendapat laporan mengenai pihak tertentu menjadikan masjid gelanggang yang boleh menyakiti dan memecahbelahkan perpaduan ummah. Kata orang, kalau tiada angin bertiup takkan pokok bergoyang. Titah Sultan Selangor antara lain ialah: ● Orang Islam diminta menghentikan percakapan berunsur cacian, memfitnah, menyakiti hati dan meng- hina Islam ketika…

Read More