PUTRAJAYA 5 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 12 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan urusan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor Ke-16. Setiausaha SPR, Khairul Shahril Idrus, berkata mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Ramlan Harun, bagi membincangkan tarikh seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari pengundian. Katanya, mesyuarat juga akan membincangkan mengenai daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan. Menerusi satu kenyataan, beliau berkata SPR sudah menerima notis daripada Speaker Dewan Undangan…
Read MorePersekutuan kekal iktiraf Muhriz
PUCHONG 5 Jun – Kerajaan Persekutuan akan terus berkhidmat kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, pendirian rasmi kerajaan itu dibuat mengikut saluran perundangan dan perlembagaan biarpun terdapat usaha memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, menggantikan Tuanku Muhriz. Justeru Anwar turut memohon supaya sebarang pandangan lain mengenai isu berkenaan perlu dibuat mengikut saluran sah mengikut perlembagaan bagi mengelakkan keresahan dalam kalangan rakyat. Ini kerana, katanya, menggugurkan atau memakzulkan mana-mana raja akan memberikan implikasi sangat besar terhadap negara dan keamanan tanah air.…
Read MoreTunku Nadzaruddin dimasyhurkan
ALOR GAJAH 5 Jun – Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar dimasyhurkan oleh Undang Yang Empat sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang dilangsungkan di sebuah resort di sini, hari ini. Pertabalan diisytiharkan dalam majlis ringkas oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat. “Bahawasanya selaras dengan Perkara 11 Undang-undang Tubuh Negeri Sembilan 1959, kami Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dengan kuasa yang ada pada kami berkenaan memilih dan memasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar…
Read MoreDAP tangguh persidangan 12 Julai
SEPANG 6 Jun – Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP malam tadi memutuskan Persidangan Kebangsaan DAP 2026 yang dijadualkan pada 12 Julai 2026 ditangguhkan sehingga 16 Ogos 2026. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, penangguhan itu mengambil kira pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan DUN Negeri Sembilan dan Pilihanraya Negeri yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari 1 Jun 2026. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, DAP akan mempertahankan semua kerusi penyandang di Johor dan Negeri Sembilan pada PRN itu. Beliau juga tidak menolak kemungkinan bertanding di beberapa kerusi…
Read MoreChin Tong cuba alih isu sebenar BN solo
SEPANG 5 Jun – Barisan Nasional (BN) Johor membidas Liew Chin Tong yang cuba mengelirukan rakyat dan bersikap double standard apabila mendakwa keputusan BN bertanding solo adalah untuk kembali kepada sistem satu parti yang ditolak rakyat. Setiausahanya, Abdul Halim Suleiman berkata, dalam sistem demokrasi, setiap parti berhak bertanding sendiri bagi mendapatkan mandat rakyat dan ianya tidak menghapuskan pembangkang atau mewujudkan negara satu parti. “Kalau bertanding solo pun dianggap mahu wujudkan sistem satu parti, maka logiknya apabila PH pernah bertanding hampir semua kerusi pada PRU dan PRN sebelum ini, adakah PH…
Read MoreBerita pilihan…
Jerman timbang bida Piala Dunia 2038
BERLIN – Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) mempertimbangkan bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 2038 atau 2042. DFB kini berbincang dengan pembuat dasar mengenai sokongan, termasuk jaminan diperlukan badan induk bola sepak dunia FIFA serta sumbangan kewangan untuk menganjurkan Piala Dunia. Di samping itu, DFB juga merancang mendapatkan penjelasan daripada FIFA mengenai bila badan itu akan menentukan tuan rumah Piala Dunia 2038 dan sama ada calon dari Eropah dibenarkan membida pada waktu itu. DFB berpandangan Eropah berkemungkinan tidak layak membida sehingga 2042 memandangkan Piala Dunia 2030 sebahagian besarnya…
Read MoreHezbollah tolak hasil rundingan
BEIRUT – Hezbollah menolak hasil rundingan langsung antara Lubnan dan Israel, yang disifatkan sebagai “projek Israel Raya”. Ketua Hezbollah Naim Qassem dalam satu kenyataan sempena ulang tahun kematian bekas Pemimpin Tertinggi Iran Ruhollah Khomeini, berkata hasil rundingan itu “ditolak sepenuhnya oleh sebahagian besar rakyat Lubnan.” Beliau berkata persefahaman gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat (AS) itu mencerminkan visi AS dan Israel terhadap masa depan Lubnan serta bertujuan meletakkan negara itu di bawah apa yang disifatkannya sebagai “projek Israel Raya”. Kenyataan bersama Lubnan-AS-Israel yang dikeluarkan awal Khamis memaklumkan Beirut dan Tel…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 05.06.2026
DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, 5 Jun
SEREMBAN 4 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, secara rasmi dibubarkan pada Jumaat 5 Jun bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Menteri Besar, Aminuddin Harun, mengumumkan perkara itu dalam sidang media khas di kediamannya, di sini, malam ini. Beliau berkata, pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada majlis menghadap yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, semalam. “Alhamdulillah jam 8.30 malam tadi, saya telah menghadap DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di…
Read More