Filipina pantau Covid-19

MANILA – Jabatan Kesihatan (DOH) Filipina sedang “aktif memantau” jangkitan Covid-19 di Asia Tenggara susulan peningkatan kes yang dilaporkan di beberapa bahagian rantau itu.

Menurut DOH, pihaknya aktif berkoordinasi melalui mekanisme yang telah ditetapkan seperti ASEAN.

“Ini memberi kami maklumat yang disahkan, meningkatkan kesiapsiagaan walaupun kami tidak melihat sebarang sebab untuk bimbang,” kata DOH dalam satu kenyataan.

DOH turut menegaskan komitmennya untuk memastikan orang ramai dimaklumkan dan akan menyediakan maklumat terkini secara tepat pada masanya sekiranya keadaan berubah.

Sehingga 3 Mei 2025, DOH melaporkan penurunan sebanyak 87 peratus dalam kes dan kematian berbanding 2024 di Filipina, dengan hanya 1,774 kes Covid-19 dilaporkan tahun ini, berbanding 14,074 kes pada tahun lepas.

Kadar kematian kes hanya 1.13 peratus.

Related posts

Leave a Comment