SEOUL – Korea Utara hari ini didakwa melancarkan peluru berpandu balistik ke arah perairan Laut Timur atau Laut Jepun.
Menurut tentera Korea Selatan, Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik yang tidak diketahui ke arah Laut Timur.
Pelancaran yang dibuat hari ini berlangsung ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) yang akan berundur, Antony Blinken sedang melawat Seoul untuk berbincang dengan beberapa menteri utamanya..
Pelancaran peluru berpandu balistik itu adalah pertama dilakukan Pyongyang tahun ini dan selepas kali terakhir pada November apabila ia menguji apa yang dikatakannya sebagai peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), iaitu bahan api pepejal yang paling canggih dan berkuasa.
Ia ujian senjata pertama pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sejak dituduh menghantar tentera untuk membantu Russia melawan Ukraine.
Sebagai tindak balas, Korea Selatan melepaskan peluru berpandu balistik ke laut sebagai mempamerkan kekuatan selepas serangan peluru berpandu Pyongyang.
Korea Selatan, sebuah negara demokrasi dinamik, juga dilanda ke dalam krisis selama berminggu-minggu berikutan Presidennya Yoon Suk Seol, mengisytiharkan dekri undang-undang tentera yang bertahan hanya seketika pada 3 Disember lalu.
Media negara Korea Utara minggu lalu berkata, Korea Selatan berada dalam ‘huru-hara’ dan lumpuh dari segi politik kerana cubaan penyiasat untuk melaksanakan waran tangkap untuk Suk Seol.
Nnnn
