Larangan TikTok selama setahun di Albania

ALBANIA mengumumkan larangan selama setahun terhadap aplikasi video pendek popular TikTok, susulan pembunuhan seorang remaja bulan lalu yang menimbulkan kebimbangan pengaruh media sosial terhadap kanak-kanak.

Larangan ini adalah sebahagian daripada rancangan yang lebih luas untuk menjadikan sekolah lebih selamat, menurut Perdana Menteri Edi Rama selepas bertemu dengan kumpulan ibu bapa dan guru dari seluruh negara.

Rama berkata, selama setahun negara itu akan menutup sepenuhnya akses kepada TikTok.

Beberapa negara Eropah seperti Perancis, Jerman dan Belgium telah melaksanakan sekatan terhadap penggunaan media sosial oleh kanak-kanak.

Related posts

Leave a Comment