King Sing tampil beri penjelasan

KUALA LUMPUR 26 Nov.  – Selepas dikritik hebat berhubung isu papan tanda dwibahasa, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),  Tiong King Sing tampil menjelaskan dakwaan yang dibuat khususnya oleh wakil rakyat.

Beliau menjelaskan permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini adalah berhubung insiden kemalangan serius yang berlaku di negara ini melibatkan pelancong kedua-dua negara.

King Sing merujuk kenyataan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh yang juga Exco Kerajaan Melaka.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, permohonan maaf sebelum ini sama sekali tidak ada kaitan dengan isu papan tanda.

“Apabila pelancong datang ke Malaysia dengan harapan untuk bercuti, tetapi berakhir dengan tragedi yang tidak diingini, ia sesuatu yang amat menyedihkan bagi mangsa serta ahli keluarga mereka. Kita perlu mengambil langkah serius untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang.

“Jadi, apa sebenarnya yang tidak kena dengan permohonan maaf itu? Adakah Wan Ahmad Fayhsal membuat kajian yang sewajarnya sebelum mengeluarkan kenyataan?” katanya.

King Sing merujuk kenyataan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin dan Dr Muhamad Akmal Saleh.

“Apabila pelancong datang ke Malaysia dengan harapan untuk bercuti, tetapi berakhir dengan tragedi yang tidak diingini, ia sesuatu yang amat menyedihkan bagi mangsa serta ahli keluarga mereka. Kita perlu mengambil langkah serius untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang.

“Jadi, apa sebenarnya yang tidak kena dengan permohonan maaf itu? Adakah Wan Ahmad Fayhsal membuat kajian yang sewajarnya sebelum mengeluarkan kenyataan?” katanya.

Pada masa sama, King Sing berkata, pihaknya kecewa dengan sikap pemimpin seperti Wan Ahmad Fayhsal yang seolah-olah ingin mencari publisiti murahan, sehingga menjejaskan keharmonian serta mengelirukan rakyat, daripada sebaliknya memberi perhatian terhadap isu yang lebih penting.

Beliau berkata, pihaknya turut meminta Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO supaya tidak terus-menerus mencetuskan isu perkauman, seperti yang berlaku semasa pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini.

“Fikir dan renungkanlah apa yang sudah anda lakukan. Adakah rakyat menerimanya? Anda hanya memalukan parti anda sendiri. Cukuplah. Kenyataan beliau boleh menyebabkan ketegangan dalam kalangan rakyat serta menjejaskan momentum perpaduan yang sangat penting untuk kestabilan politik dan kemajuan negara.

“Sebagai pemimpin, tanggungjawab kita adalah untuk membina perpaduan dan mencari penyelesaian kepada masalah, bukan mencetuskan isu perkauman yang tidak membawa faedah,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, pihaknya turut mempersoalkan peranan dimainkan Mas Ermieyati ketika memegang jawatan Timbalan Menteri MOTAC khususnya dalam meningkatkan kedatangan pelancong.

“Janganlah berasa diri sebagai hero jika tidak mengetahui sepenuhnya situasi yang berlaku. Pada masa lalu, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri MOTAC. Sebagai seorang pemimpin, apa yangbeliau lakukan untuk negara ini?.

“Kami bekerja keras dan berusaha untuk membantu peniaga kecil, khususnya di tepi jalan, supaya mereka dapat meningkatkan perniagaan mereka dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada keluarga mereka. Apakah salahnya apabila kita memberi ruang kepada peniaga tempatan untuk berkembang dan menggalakkan kedatangan pelancong?,” katanya.

Bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula, King Sing berkata, DBKL perlu berkomunikasi dengan peniaga dengan cara yang lebih baik dan penuh hormat berkenaan isu ini kerana aspek menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, tanpa menimbulkan ketegangan, perlu dipertahankan.

“Saya amat terbuka untuk menerima sebarang teguran dan kritikan yang membina. Jika saya melakukan kesilapan, saya akan dengan rendah hati mengakuinya dan memperbaikinya.

“Namun, saya juga berharap supaya kita tidak terus mencetuskan huru-hara dan ketegangan, terutamanya dengan isu yang tidak membawa manfaat kepada negara.

“Kita harus bersatu, mencari jalan penyelesaian yang konstruktif. Saya memohon jasa baik semua untuk sama-sama melihat kesusahan rakyat dan fokus kepada kemajuan negara,” katanya.

Sebelum ini, King Sing melalui kenyataan media dilapor berkata tindakan penguatkuasaan mengenai peraturan papan tanda dwibahasa oleh DBKL mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, selain wujud persepsi negatif dalam kalangan pelancong.

Tindakan itu menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.

 

 

Related posts

Leave a Comment