1,000 hari perang Rusia Ukraine

KYIV – Ukraine tidak akan menyerah kalah kepada Russia walaupun melewati 1,000 hari Moscow melancarkan pencerobohan manakala Kremlin berikrar untuk mencapai kemenangan di samping meningkatkan ancaman penggunaan senjata nuklear.

Peringatan hari ke-1000 diselubungi suasana suram berikutan

Russia sejak semalaman menyerang di wilayah timur Ukraine Sumy hingga memusnahkan sebuah bangunan penduduk era Soviet serta mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk seorang kanak-kanak terkorban.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bertindak menerbitkan imej pasukan penyelamat mengusung mayat yang dikeluarkan dari sisa runtuhan dan menggesa sekutu Kyiv untuk ‘memaksa’ Kremlin berdamai.

Kementerian Luar mengulangi ulasan Zelensky dalam satu kenyataan yang menandakan ulang tahun itu dengan menggesa sekutu untuk meningkatkan sokongan ketenteraan mereka untuk membawa pengakhiran perang yang ‘mampan’.

“Ukraine tidak akan tunduk kepada penjajah dan tentera Russia akan dihukum kerana melanggar undang-undang antarabangsa.

Kita memerlukan keamanan melalui kekuatan, bukan pendekatan meredakan ketegangan,” kata kementerian itu merujuk kepada gesaan yang semakin meningkat supaya Ukraine duduk di meja rundingan dengan Russia untuk menamatkan perang.

Related posts

Leave a Comment