PUTRAJAYA 20 Nov. – Lebih 7,000 hadis selesai dibaca pada Majlis Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhari Antarabangsa 2024 petang semalam, menjelang majlis khatam yang akan berlangsung pada malam ini. Majlis bacaan hadis Al-Bukhari yang berlangsung di Dewan Solat Masjid Putra itu bermula 11 November lalu, selepas perasmian pada hari sebelumnya dan ia selesai dibaca lebih awal berbanding jadual asal berakhir pada sesi pagi ini. Berikutan itu, program terakhir hari ini hanya akan bermula pukul 3 petang bagi pendaftaran disusuli solat Asar , bacaan maulid dan empat tausiyah. Yang Dipertua Yayasan Dakwah…
Read MoreDay: November 20, 2024
Lesen vape tidak diperbaharui
KUALA TERENGGANU 20 Nov. – Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini tidak akan memperbaharui lesen penjualan vape atau rokok elektronik, kata Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau berkata, kerajaan negeri sudah mengadakan perbincangan dan PBT dalam proses tidak memperbaharui lesen penjualan vape yang bertujuan menjaga maslahah umum terutama golongan muda. “Mengikut bidang kuasa PBT, kerajaan negeri berkuasa untuk tidak membenarkan premis digunakan sebagai tempat penjualan vape,” katanya ketika ditemui selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini, hari ini. Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, dilaporkan…
Read MoreSoket tiga pin, USB dalam bas dilarang
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Orang ramai tidak dibenarkan mengguna soket elektrik tiga pin, termasuk pengecas mudah alih USB dalam bas susulan laporan awal mendapati pendawaian tidak teratur pada perkakas itu punca seorang remaja maut direnjat elektrik. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mendedahkan yang remaja maut direnjat elektrik ketika mengecas telefon menggunakan pengecas USB dalam bas dinaikinya. Justeru, beliau berkata, tindakan segera diambil dengan mengeluarkan surat pemakluman kepada semua pengendali bas pada 6 November lalu untuk menghentikan penggunaan semua soket terbabit dalam bas dengan serta-merta. “Jadi sementara ini kita larang semua…
Read MoreKerajaan Perpaduan gred D, Ismail PM terbaik
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Bersih menilai kerajaan perpaduan dengan gred ‘D’ mengambil kira prestasi sejak dua tahun pembentukannya, selain meletakkan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri terbaik, sejak 2009. Pengerusi Faisal Abdul Aziz seperti dilaporkan portal FMT berkata gred diterima kerajaan perpaduan mencerminkan kemajuan terhad melaksanakan reformasi, serta jurang antara retorik dan tindakan. “Kami percaya kerajaan gabungan pasca pilihan raya bukan alasan meninggalkan semua reformasi dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). “Ini mengambil kira terdapat empat janji utama dalam kedua-dua manifesto BN dan PH –…
Read MoreMahkamah lepas, bebas Daim
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Daim Zainuddin, daripada tuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta. Hakim Azura Alwi membuat perintah itu mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (CPC). “Mahkamah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga beliau ditempatkan di kalangan solihin,” katanya. Harta berkenaan termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Seksyen 254 CPC menyatakan, dalam mana-mana peringkat perbicaraan, sebelum penghakiman diberikan, Pendakwa Raya, jika berpendapat…
Read MoreBerita pilihan..
1,000 hari perang Rusia Ukraine
KYIV – Ukraine tidak akan menyerah kalah kepada Russia walaupun melewati 1,000 hari Moscow melancarkan pencerobohan manakala Kremlin berikrar untuk mencapai kemenangan di samping meningkatkan ancaman penggunaan senjata nuklear. Peringatan hari ke-1000 diselubungi suasana suram berikutan Russia sejak semalaman menyerang di wilayah timur Ukraine Sumy hingga memusnahkan sebuah bangunan penduduk era Soviet serta mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk seorang kanak-kanak terkorban. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bertindak menerbitkan imej pasukan penyelamat mengusung mayat yang dikeluarkan dari sisa runtuhan dan menggesa sekutu Kyiv untuk ‘memaksa’ Kremlin berdamai. Kementerian Luar mengulangi ulasan Zelensky…
Read MoreSweden edar risalah hadapi perang
STOCKHOLM – Sweden mengedarkan jutaan risalah menasihatkan penduduk bersiap sedia menghadapi kemungkinan perang sementara Finland melancarkan laman web mengumpul maklumat mengenai kesiapsiagaan menghadapi krisis yang berbeza. Tindakan itu diambil ketika Ukraine menentang pencerobohan Russia yang sudah berlanjutan selama tiga tahun. Negara-negara Nordic yang sebelum ini memilih untuk tidak menyertai mana-mana pakatan tentera selama beberapa dekad, kini memutuskan untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) susulan pencerobohan Russia pada 2022 ke atas Ukraine. “Situasi keselamatan adalah serius dan kita semua perlu mengukuhkan daya tahan menghadapi pelbagai krisis dan akhirnya peperangan,” kata…
Read More