Kemungkinan kebuluran di utara Gaza

ISTANBUL – Krisis yang semakin memuncak di utara Gaza, memungkinkan kebuluran akan berlaku di wilayah itu, demikian amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus di X, berkata keadaan sangat membimbangkan ketika merujuk kepada penemuan baharu daripada Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC).

Data itu katanya menunjukkan bahawa ‘terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza’.

“Kami menggesa peningkatan segera penghantaran dan akses selamat untuk bantuan kemanusiaan — terutama makanan dan ubat-ubatan untuk kekurangan zat makanan yang teruk — dalam masa beberapa hari bukan minggu,” katanya.

Meskipun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata segera, Israel terus melancarkan serangan kejam di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023.

Setakat ini, serangan Israel telah meragut nyawa 43,550 rakyat Palestin dan mencederakan 102,700 yang lain, menyebabkan hampir seluruh penduduk wilayah itu kehilangan tempat tinggal.

Dan di tengah-tengah sekatan yang berterusan, menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk.

Usaha pihak pengantara yang diketuai Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Qatar untuk mencapai gencatan senjata dan pertukaran tawanan antara Israel dan Hamas gagal disebabkan keengganan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk menghentikan serangan.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di Gaza.

Nnn

Related posts

Leave a Comment