Kelemahan antarabangsa dorong Israel

KAHERAH – Masyarakat antarabangsa didakwa gagal melindungi orang awam Palestin dan menghentikan perluasan perang serantau oleh Israel, kata Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit.

Beliau yang bimbang berhubung tindakan Israel terhadap penduduk Gaza berkata, tiada tindakan global secara berterusan dan kesenyapan negara bersekutu dengan Israel menjadikannya pihak yang bersubahat dalam pencerobohan terhadap Gaza.

Bercakap pada Forum Serantau Kesembilan Kesatuan untuk Mediterranean, yang diadakan di Barcelona, Aboul Gheit menyatakan bahawa kelemahan antarabangsa telah membolehkan Israel meningkatkan permusuhan serantaunya, menyebabkan penderitaan baharu untuk rakyat Lubnan yang kini turut dibedil.

Beliau berkata di Gaza, 90 peratus penduduk telah dipindahkan, sesak dalam khemah sementara di kawasan hanya hanya 10 peratus daripada wilayah berkenaan.

Aboul Gheit menyeru peserta forum untuk mengambil teladan daripada negara Eropah yang baru-baru ini mengiktiraf negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan 4 Jun 1967.

Pada masa sama, belau turut menyeru supaya gencatan senjata segera dilaksanakan di Lubnan dan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 bagi memastikan keselamatan berpanjangan di sepanjang sempadan.

Katanya,  masyarakat antarabangsa bertanggungjawab atas lanjutan perang itu dan menuntut tindakan segera untuk menamatkan keganasan.

Related posts

Leave a Comment