BEIRUT, Lubnan – Selepas ‘pager’ atau alat kelui meletup yang membunuh dan mencederakan, sembilan lagi terbunuh manakala lebih 300 lagi cedera semalam selepas `walkie-talkie’ meletup di seluruh negara ini.
Kejadian berlaku sehari selepas kelui yang digunakan oleh pejuang Hizbullah meletup serentak di seluruh Lubnan, mengakibatkan 12 kematian dan lebih 2,800 cedera.
“Gelombang baharu `walkie-talkie’ meletup…membunuh sembilan orang dan mencederakan lebih 300 lagi,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Lubnan,
Terdahulu sekurang -kurangnya 11 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 4,000 yang lain termasuk pejuang Hizbullah dan kakitangan perubatan mengalami akibat letupan alat kelui di seluruh Lubnan.
Menteri Penerangan Lubnan, Ziad Makary, mengecam ‘serangan’ menyasarkan alat kelui peranti telekomunikasi yang banyak digunakan oleh Hizbullah dan pihak lain di Lubnan.
Nnn
