KAJANG 17 Sept. – Bekas Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang ke-13 berkuat kuasa hari ini.
Beliau mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sutekno Ahmad Belon sejak 26 April lalu selepas dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia.
AADK dalam kenyataan, hari ini berkata Ruslin berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995.
Ruslin juga pernah memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara.
“Sehubungan itu, AADK merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Datuk Ruslin atas pelantikan ini,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, AADK turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sutekno atas khidmat bakti sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah AADK.
Nnn
