Lebih 8 jam terkandas, 567 tiba di Langkawi

ALOR SETAR 17 Sept. – Feri Bahagia 168 yang membawa 567 penumpang selamat tiba di Langkawi kira-kira pukul 10.40 malam tadi selepas terkandas lebih 8 jam, di beting pasir di perairan Kuala Perlis semalam.

Pengurus Besar Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom berkata, feri itu dapat bergerak selepas berjaya ditarik bot tunda dan meneruskan perjalanan ke Langkawi pada pukul 9.05 malam.

Katanya, semua penumpang selamat sampai di Terminal Feri Penumpang Kuah dan berada dalam keadaan selamat.

Terdahulu, 567 penumpang feri itu terkandas di beting pasir kira-kira 0.5 batu nautika dari Terminal Kuala Perlis selepas belayar dari Kuala Perlis pukul 2.30 petang Isnin

Feri tersebut belayar dari Terminal Feri Kuala Perlis pada pukul 2.30 petang Isnin, dan dipercayai ditolak angin kencang hingga membawanya ke beting pasir itu selepas kira-kira 15 minit bertolak.

Media sebelum ini melaporkan, tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri Kuala Kedah berikutan ombak kuat serta ribut.

Feri pertama iaitu pada pukul 1.30 petang membawa 120 penumpang manakala pukul 2 petang membawa 149 penumpang dan feri pada pukul 2.30 petang yang membawa 410 penumpang terpaksa berpatah balik demi keselamatan penumpang.

Related posts

Leave a Comment