Tiada tempat selamat di Gaza

BAITULMAQDIS – “Tiada satu tempat pun di Gaza yang selamat. Ia benar-benar memusnahkan,” demikian kata Louise Wateridge, jurucakap agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (UNRWA),

Beliau yang berada di kawasan Nuseirat di tengah Gaza yang menjadi sasaran tetap serangan udara Israel itu berkata keadaan terdesak semakin meningkat di seluruh wilayah itu susulan pengeboman tanpa henti Israel.

“Rasanya seperti orang sedang menunggu kematian dan kematian itu satu-satunya kepastian dalam situasi ini. Tiada satu tempat pun di Gaza yang selamat. Ia benar-benar memusnahkan,”

“Kami menghadapi cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini apabila ia berkaitan dengan penyebaran penyakit dan kebersihan. Sebahagian daripada ini adalah kerana kepungan yang dikenakan oleh Israel di Gaza,” kata Wateridge.

Sejak dua minggu lalu, Wateridge berada di Gaza, menyaksikan krisis kemanusiaan, ketakutan kematian dan penyebaran penyakit ketika perang berlanjutan.

Sejak pertempuran meletus pada Oktober, tentera Israel menggempur wilayah yang dikepung dari udara, darat dan laut, menyebabkan sebahagian besar daripadanya menjadi runtuhan.

Dalam tempoh 11 bulan peperangan, ia mencetuskan krisis kemanusiaan yang teruk, dengan ratusan ribu orang, kebanyakannya berpindah beberapa kali, kehabisan makanan asas dan air minuman bersih.

Ketika ini, puluhan ribu orang berlindung di sekolah-sekolah di seluruh Gaza yang menjadi sasaran peluru berpandu Israel yang semakin kerap berikutan, tentera Israel mendakwa sekolah itu digunakan sebagai pusat arahan dan kawalan Hamas.

“Hampir semua penduduk Gaza enggan mematuhi arahan kerana bosan dengan pemindahan berterusan. Mereka berasa seperti dikejar dalam bulatan… ia agak sukar untuk bergerak dari segi panas, kanak-kanak kecil, warga emas, orang kurang upaya.

“Mereka yang masih bergerak mengatakan ke mana saja mereka pergi akan ada tikus, kala jengking, lipas dan ini akan menyebarkan penyakit dari tempat perlindungan ke tempat perlindungan lain,” katanya.

Minggu lalu Kementerian Kesihatan Gaza berkata, wilayah itu merekodkan kes polio pertama dalam tempoh 25 tahun.

Wateridge berkata, PBB sedang menunggu lampu hijau Israel untuk pergi dari khemah ke khemah dan memberi vaksin kepada kanak-kanak untuk mengelakkan polio merebak.

Nnn

Related posts

Leave a Comment