Pilihan PN hasil penelitian senarai panjang

KOTA BHARU 31 Julai  – Pemilihan calon mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dibuat hasil penelitian terhadap senarai panjang merentasi ahli parti demi menampilkan calon terbaik.

Pengarah Operasi PRK DUN Nenggiri PN, Annuar Musa, berkata pendekatan itu diambil untuk memastikan pengundi di kawasan itu tidak lagi ditipu sebagaimana didakwa dilakukan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi berkenaan sebelum ini.

Katanya, apabila Barisan Nasional (BN) mengumumkan pencalonan membabitkan Ketua Pemuda bahagian yang dikenali penduduk sebagai seorang kontraktor projek dan berniaga, maka PN perlu menampilkan calon dilihat lebih baik dan diterima masyarakat untuk menjadi wakil rakyat mereka.

“Satu senarai panjang sudah diteliti dan ditapis PN daripada kalangan penduduk serta pengundi tempatan untuk diangkat menjadi calon. Senarai diteliti merentas ahli parti kerana yang terpenting kali ini ialah keperibadian lebih baik.

Di sinilah, PN sekali lagi mendepani serta memperagakan politik matang dan strategi demi berlaku adil kepada pengundi tanpa mengira parti. Akhirnya, umpama satu kejutan tetapi manis apabila sosok muda tetapi matang yang dipilih. Mohd Rizwadi Ismail atau dikenali sebagai Ustaz Wadi tidak pernah melobi.

“Beliau juga tidak pernah berniaga atau bermain projek untuk diri, sebaliknya berpengalaman lebih 10 tahun berkhidmat kepada negara sebagai perajurit, pernah melalui latihan dan disiplin ketenteraan, serta bergiat dalam bidang dakwah dan keagamaan,” katanya melalui Facebook.

Annuar menjelaskan, calon daripada Bersatu itu juga mempunyai kepetahan bertutur yang baik untuk bersuara di DUN serta dihormati dan dikenali penduduk setempat, selain sentiasa berada bersama masyarakat Nenggiri.

“Alhamdulillah, kini Nenggiri mempunyai Ustaz Wadi yang sekiranya mandat bakal diberikan, beliau akan bersuara dan berjuang untuk menebus maruah rakyat Nenggiri,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment