Benteng pasang surut kurangkan banjir

JAKARTA: Benteng pasang surut sepanjang 3.6 kilometer (km) sedang dalam proses pembinaan di Semarang, Jawa Tengah, dengan peruntukan 386 bilion rupiah (RM111 juta), kata Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Katanya, benteng yang terletak di Kampung Nelayan, Tambak Lorok itu dipasang bagi mengurangkan banjir pasang surut dalam tempoh tiga dekad akan datang.

Menurutnya, benteng yang dijangka siap pada Ogos itu berpotensi untuk membawa kepada projek sama di kawasan pantai lain yang terdedah kepada banjir itu.

Menurut kenyataan Sekretariat Presiden, projek itu kini sudah 85 peratus siap dan dijangka selesai pada Ogos 2024, termasuk penyusunan semula Kampung Nelayan.

Projek itu merangkumi pembinaan tembok laut bagi kawasan seluas 20 hektar dan dua kolam takungan untuk mengurangkan risiko banjir, bersama dua rumah pam yang mampu mengepam 3×500 liter sesaat setiap satu.

Dilaksanakan dalam dua fasa, fasa pertama bagi memastikan keselamatan limbungan kapal (2016-2017) dan fasa kedua (2022-2024) bertujuan melindungi kawasan kediaman, kemudahan sosial dan kemudahan awam di sekitar Tambak Lorok.

 

(Foto fb Jokowi)

Related posts

Leave a Comment